Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Berpunca Dari...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masalah sistem...

MLS: Beckham Intai Ancelotti,...

DAVID Beckham berhasrat untuk mendapatkan Carlo Ancelotti, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo mencipta...

Tentera Rampas Barang Seludup...

PASIR MAS – Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (RS) merampas pelbagai barangan keperluan bernilai...

Shaheizy Sam Tak Makan...

PERASAN tak pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pemenang Artis...

Melta Saran Kaji Semula Kaedah Pengajaran B. Inggeris

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris jika mahu melihat peningkatan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar sekolah.

Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta), Prof Madya Dr S. Ganakumaran berkata kaedah P&P bahasa Inggeris kini masih menggunakan teknik lama sedangkan persekitaran luaran sudah berubah.

Beliau berkata berkata kaedah P&P sekarang lebih mementingkan aspek peperiksaan semata-mata berbanding aspek ‘kompetensi fungsi’ iaitu penguasaan bahasa untuk menyempurnakan aspek komunikasi.

“Kita tidak memikirkan apa penguasaan dan kebolehan pengunaan bahasa itu oleh pelajar. Misalnya apa yang mereka boleh lakukan, bolehkah mereka bercerita dalam bahasa Inggeris atau bolehkah mereka berada dalam satu perbualan formal bahasa Inggeris,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sistem pembelajaran bahasa Inggeris kini lebih mementingkan keputusan peperiksaan dan guru hanya mengajar untuk pelajar mereka lulus peperiksaan dengan lebih memfokus kepada aspek soalan dan teknik menjawab peperiksaan dan bukan kepada kompetensi fungsi.

Ganakumaran yang juga anggota Majlis Penarafan Kualiti dan Standard Bahasa Inggeris Malaysia berkata kerajaan perlu segera mengatasi P&P bahasa Inggeris memandangkan tahap pengusaan bahasa itu yang masih lemah dalam kalangan pelajar walaupun sudah mengikuti subjek berkenaan sejak Tahun 1.


“Oleh itu aspek seperti latihan perguruan, buku teks, cara menggubal soalan peperiksaan dan kaedah peperiksaan perlu dilihat semula,” katanya.

Pada masa yang sama beliau meminta masyarakat agar mengubah persepsi bahawa bahasa Melayu akan dipinggirkan sekiranya bahasa Inggeris diberi perhatian dalam aspek pendidikan dan pekerjaan di negara ini.

“Isunya jangan kita bandingkan atau lagakan bahasa. Selagi kita lagakan bahasa, inilah yang akan terjadi. Kita ketengahkan bahasa Melayu, orang bisnes atau industri kata graduan tidak boleh bertutur Inggeris. Bila kita ketengahkan bahasa Inggeris, orang sastera pula kata jangan pinggirkan bahasa Melayu,” katanya.

Sebaliknya beliau berkata tenaga pengajar kedua-dua bahasa perlu berkongsi strategi pengajaran dan metodologi untuk menaikkan martabat kedua-dua bahasa itu.

“Apa yang berlaku kini ialah mereka bekerja secara berasingan. Tiada perbincangan dalam pengajaran bahasa. Jadi kita kena adakan perubahan minda untuk melihat tahap peningkatan bahasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori