Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Skandal Minyak Gred Berat,...

PUTRAJAYA - Dua lagi individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa ditahan reman...

Anggota Rela Maut Terkena...

BESUT - Seorang anggota Rela terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan...

Filem Pertama, Pinjamkan Hatiku...

LAKONAN dalam drama dan filem merupakan dua perkara yang berbeza. Namun dalam setiap...

Penduduk Sarawak Digesa Bekerja...

KUCHING - Semiconductor foundry X-FAB Sarawak, satu daripada 10 syarikat pembuatan utama di...

Menantu ‘Gila’ Sanggup Simbah Air Panas Pada Bapa Mentua

MELAMPAU dan sangat tidak berperikemanusiaan!

Seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul bapa mentuanya menggunakan cota hanya kerana bengang dengan mangsa yang tidak membeli barangan keperluan termasuk beras dan rokok.

Lebih kejam, menantu ‘gila’  tersebut turut menyimbah air panas kepada mangsa hingga menyebabkan mangsa, Mohd Noor Abdullah, 55, mengelupur kesakitan dalam insiden yang berlaku di Batu 18 1/4, Ayer Hitam, Muar ini.

Suspek yang tidak berperikemanusian kemudiannya sanggup membiarkan bapa mentuanya dalam keadaan kepala berlumuran darah dan melecur di badan.

Suspek dikatakan terus meninggalkan rumah bersama isteri dan dua anaknya dengan menggunakan kereta milik mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Wak Jamil Gula terpaksa menahan kesakitan dan merangkak sejauh 20 meter ke rumah saudara terdekatnya untuk meminta bantuan kira-kira pukul 4 pagi.


Menurut laporan Harian Metro, biras mangsa Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian disedari beberapa saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar pintu rumahnya.

“Pada mulanya ahli keluarga lain yang tinggal berdekatan tidak berani menghulurkan bantuan kerana tahu sikap panas baran menantu Wak Jamil. Bagaimanapun, kerana tidak sanggup melihat dia merintih meminta tolong menyebabkan mereka membantunya.” ujarnya lagi.

Menantu kejam tersebut dikatakan tidak bekerja dan mempunyai sifat panas baran yang melampau.

Kini, mangsa sedang terlantar di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor.- MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • kejam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori