Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penceramah Bebas Direman 5...

Ipoh : Penceramah bebas direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja...

Garis Panduan Konsert Di...

Garis panduan baru untuk acara konsert di universiti belum diluluskan, kata Menteri Pengajian...

Bersatu Setuju Masuk Sabah,...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Atuk 70 Tahun Kembali...

NEW DELHI - Seorang datuk berusia 70 tahun membuktikan tiada had usia untuk...

Menteri Arah JPJ Tangguh Operasi Nombor Plat

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah semalam telah mengeluarkan surat mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangguhkan serta-merta operasi penguatkuasaan ke atas nombor plat tidak mengikut peraturan.

Surat arahan itu yang dikeluarkan Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya bertarikh semalam.

Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retrofit) dan lampu strobe hendaklah diteruskan.

Pihak Pengarah JPJ di seluruh negara juga diarahkan memaklumkan perkara berkenaan kepada semua anggota bertugas serta-merta.

SuratJPJ

Surat itu juga mengingatkan untuk pihak berkaitan atau pegawai JPJ tidak dibenarkan membuat kenyataan media berhubung penguatkuasaan berkenaan.

Semenjak mengumumkan akan mejalankan operasi berkaitan nombor plat bulan lepas, JPJ berada dalam kontroversi ekoran bantahan orang ramai yang merungut kerana operasi berkaitan nombor plat agak menyusahkan mereka.


Ini kerana ada kejadian operasi berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk hanya kerana anggota JPJ mahu mengukur
spesifikasi nombor plat kenderaan bagi mengesan jika ia melanggar peraturan atau tidak.

SamanPlatNo

Ada kejadian bahawa saman dikeluarkan JPJ biarpun nombor plat yang digunakan tidak diubahsuai langsung padahal ia datang dari kedai yang mengeluarkan kereta berkenaan apabila dibeli. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori