Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pembiayaan Sosial Islam Penting...

KUALA LUMPUR - Dunia harus melihat kepada pembiayaan sosial Islam sebagai cara inovatif...

Lawat Anak Mangsa, Beto...

PRIHATINƃā€šĆ‚Ā terhadap anak-anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke...

Ibu Bapa Adib Menangis...

ALOR SETAR - Ibu bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim menangis sebaik...

Daripada Diplomasi Panda Kepada...

NANNING (CHINA) - Pepatah lama Cina menyatakan ā€œOne generation plants the trees; another...

Mimi Loma Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di dalam badannya dalam masa terdekat ini.

Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 68, berkata, dia akan membuat beberapa rawatan susualan terlebih dahulu pada minggu depan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit batu karang pada 1 November lalu.

“Dan minggu depan saya akan melalui beberapa siri rawatan sebelum doktor memilih tarikh untuk saya menjalani pembedahan membuat batu karang tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Mimi Loma ditemui di rumahnya di Flat PPR Seri Semarak di sini pada petang Selasa.

Bagaimanapun tambah Mimi Loma, sekiranya pembedahan tersebut perlu dijalani pada bulan Disember, dia akan menangguhkan ke tahun hadapan memandangkan dia perlu menghadiri undangan persembahan nyanyian di Singapura pada bulan tersebut.

“Mungkin saya akan tangguh ke bulan lain jika doktor memberikan tarikh pada bulan Disember ini untuk saya jalani pembedahan itu.


“Yang penting persembahan itu akan saya utamakan dahulu. Ia sebahagian daripada mata pencarian dan saya enggan melepaskan peluang itu begitu sahaja.

“Lagipun risau pula jika pembedahan itu menganggu kesihatan dan suara untuk saya membuat persembahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berharap selepas menjalani pembedahan itu, ia tidak akan memudaratkan dirinya atau muncul pula penyakit lain yang tidak diingini.

Sementara itu, kata adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani itu, dia tetap bersyukur kerana tidak diberi penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

“Alhamdulillah, saya dia beri kesihatan yang baik. Cuma Allah mungkin nak uji saya dengan penyakit batu karang ini. Apapun saya menerimanya dengan hati yang reda, tuturnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori