Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Syarikat Pemasang Pesawat Ringan,...

SEREMBAN: Negeri Sembilan sedang berusaha menarik kehadiran sebuah syarikat dari Korea Selatan untuk...

Nokia Tampil Telefon Pintar...

DI era awal tahun 2000 nama Nokia sememangnya menjadi sebutan dan kegilaan pengguna...

Azmin Ali Enggan Dedah...

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini...

Doktor Hanya Dibayar £2.61...

LONDON – Hanya £2.61 atau RM15.48 sejam. Itu bayaran yang dibayar kepada doktor...

Mousr: Permainan Tikus Robot Untuk Kucing Anda

Kucing ialah haiwan peliharaan yang comel tetapi mempunyai pelbagai karenah dan ragam.

Sebagai contoh kucing suka memilih makanan, merosakkan perabot dengan mencakar kuku dan pemalas.

Kalau anda mahu bermain dengan kucing pula anda akan sedari mereka cepat bosan dengan permainan yang sama.

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan permainan kucing lebih seronok?

Kerana kita hidup di dunia serba pintar, maka tidak hairanlah pada masa kini wujud sebuah permainan bercirikan ala robotik untuk kucing anda.

Mousr ialah tikus robot pintar yang digunakan untuk bermain dengan haiwan peliharaan anda.

Tikus pintar ini boleh diprogramkan untuk bergerak dan bermain dengan kucing secara automatik.

Terdapat kamera inframerah pada bahagian atas Mousr yang mengesan pergerakan haiwan kesayangan nabi ini.


Apabila ianya “diserang” ia akan bergerak melarikan diri seperti seekor tikus sebenar.

Sekiranya anda mahu lebih berinteraksi dengan si manja, anda boleh mengawal Mousr seperti sebuah kenderaan kawalan radio menggunakan peranti pintar anda.

Pelbagai pola pergerakan juga boleh dimuat turun apabila diperlukan.

Dengan Mousr anda tidak perlu berasa bersalah kerana tidak bermain dengan kucing anda lagi.

Tikus pintar ini masih mengumpul dana di Kickstarter dan ia akan dijual pada harga USD100 (RM332) sebuah.

Sumber: Kickstarter

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori