Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hanya Tahu Ismail Keluar...

KANGAR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau...

MH 17 : Kenyataan...

SETIAP hari, pengguna laman sosial terutamanya di Facebook, Twitter dan blog disogokkan dengan...

iPhone 5C Akan Ditamatkan...

Telefon pintar jenis mampu milik keluaran Apple, iPhone 5C dilaporkan akan ditamatkan pengeluarannya...

PAS Akan Jadi Pembangkang...

PETALING JAYA - Pas cemburu dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH) sehingga melabel kerajaan...

M’sia Catat Peningkatan Positif Pelancong China

SHANGHAI – Sektor pelancongan Malaysia dijangka mencatat perkembangan positif ketibaan pelancong China dalam suku keempat tahun ini berikutan musim cuti hujung tahun dan peningkatan keyakinan warga China.

Sambil mengakui sektor pelancongan Malaysia terjejas dengan teruk sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 Mac lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya keadaan itu semakin bertambah pulih.

“Ketibaan pelancong China menurun dengan ketara dalam Mei dan Jun, yang mencatatkan -35 peratus pertumbuhan tahun ke tahun berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Nazri bercakap kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri majlis perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa China (CITM) 2014 di sini, yang berlangsung dari 13 hingga 16 Nov.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai Tourism Malaysia, ejen pelancongan dan pengurus hotel untuk mempromosi Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015) bersempena CITM 2014.

Bagaimanapun, Nazri berkata kadar pertumbuhan pada Ogos mencatatkan -2 peratus tahun ke tahun, menandakan kemajuan dan keyakinan pelancong terhadap industri pelancongan Malaysia, dengan perkembangan positif dijangka dicapai bagi empat bulan terakhir tahun ini.

Beliau berkeyakinan penuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada Mei tahun ini membantu mempertingkatkan keyakinan pelancong China untuk melawat Malaysia.


Perdana Menteri China Li Keqiang berkata kerajaan China akan mengambil daya usaha untuk meningkatkan semula jumlah pelancong China ke Malaysia, katanya.

Malaysia menerima kedatangan kira-kira 997,000 pelancong China dari Januari hingga Julai tahun ini, menurun sebanyak 11.8 peratus daripada 1,130,000 pelancong China tahun lepas.

Pada awalnya Malaysia menyasarkan kedatangan dua juta pelancong China tahun ini.

Perangkaan Tourism Malaysia menunjukkan pelancong China membelanjakan RM515 sehari, atau RM3,092 setiap kunjungan, ketika berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas.

Nazri berkata Tourism Malaysia mempertingkatkan promosi di bandar raya Sichuan, Chengdu dan Wuhan untuk mengembalikan keyakinan pelancong China untuk melawat Malaysia.

“Kerajaan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik lebih banyak pengunjung ke Malaysia, mudah-mudahan lebih banyak pelancong dari China akan melawat negara ini tahun depan semasa MyFest 2015,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori