PERTH – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett di sini pada Khamis.
Pertemuan itu diadakan di pejabat Barnett di Parliament Place, pada hari terakhir, lawatan dua hari Muhyiddin ke Perth.
Beliau kemudian ke pejabat Fugro Survey Pty Ltd untuk menghadiri taklimat mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Syarikat itu terlibat dalam usaha mengesan lokasi Boeing 777 berkenaan yang hilang daripada radar pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Penerbangan dengan 239 orang dalam pesawat itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi selepas tersasar dari laluan asal. – BERNAMA