Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPDNKK N.Sembilan Diarah Periksa...

SEREMBAN - Semua 105 orang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

KKM Akan Panggil Doktor...

KLANG - Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan...

Kapal Korek Karam: 14...

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang...

8 Suspek Kumpulan Pengganas...

KUALA LUMPUR - Seorang warga Filipina yang terlibat memenggal kepala tebusan Kumpulan Abu...

Mustafa Bangga Dengan Transformasi RELA

PUTRAJAYA – Pencapaian dilakar Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sejak tiga tahun lepas menjadi kebanggaan serta kenangan terindah buat bekas Ketua Pengarah RELA Datuk Mustafa Ibrahim.

Beliau berkata sejak mengetuai jabatan itu pada 2011, banyak kejayaan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan antaranya penubuhan Unit Skuad Muda RELA.

“Banyak juga transformasi yang telah berjaya dibuat serta melahirkan anggota lebih cekap dan terlatih sekali gus ia dapat meningkatkan imej RELA.

“Semoga RELA akan terus berjaya selepas ini serta mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya pada majlis perjumpaan khas dan tamat tugas di ibu pejabat RELA di sini hari ini.

Berkuat kuasa hari ini, Mustafa, 57, dilantik Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menggantikan Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.


Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Keselamatan Antarabangsa dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat, Mustafa mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Keselamatan Sabah dan Setiausaha Keselamatan Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini, pelantikan itu berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Mustafa untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori