Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekas Pelajar Sarjana Bebas...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar sarjana di sebuah universiti awam menarik nafas...

Ini Bukan Baju Angkasawan...

BAJU hujan dan payung menjadi keperluan yang penting semasa hujan, dan pereka dari...

Ahli Keluarga Diminta Tampil...

SEREMBAN – Polis Port Dickson meminta pihak yang kehilangan ahli keluarga atau rakan...

Kes Altantuya: Azilah Dan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan keputusan membebaskan dua anggota Unit Tindakan...

Myanmar Ugut NGO Asing Jangan Guna Perkataan Rohingya

YANGON – Ketua Menteri Rakhine dan beberapa pemimpin Buddha negeri barat Myanmar itu mula bertindak menyaman mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) asing yang masih lagi menggunakan istilah Rohingya untuk rujukan nama kaum minoriti Muslim tersebut.

Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia hari ini melaporkan, jurucakap pelbagai NGO luar negara di Myanmar yang enggan didedahkan memberitahu, mereka turut diugut sukar melakukan aktiviti misi kemanusiaan jika tetap menyebut perkataan Rohingya.

“Myanmar amat marah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terus guna Rohingya bagi merujuk etnik Muslim dan mahu kami tukar kepada Bengali atau pendatang haram kerana Rohingya dianggap tidak wujud,” kata seorang jurucakap.

Ketegangan turut memuncak apabila ratusan aktivis Buddha pernah beberapa kali menyerang pejabat NGO antarabangsa bagi mengusir petugas kemanusiaan yang didakwa menyebelahi Rohingya dan ini menyebabkan banyak NGO beroperasi dalam serba kekurangan.

Stesen televisyen itu difahamkan, sejumlah penganut Buddha merancang membuat bantahan besar-besaran terhadap agensi bantuan PBB di wilayah Rakhine pada Ahad ini sebagai protes ke atas kenyataan Ki-moon yang dilihat banyak menyebelahi nasib Rohingya. – Agensi

Tentera Myanmar mengawal di luar sebuah kem penempatan sambil membiarkan aktivis Buddha bebas mengusir etnik Rohingya yang beragama Islam baru-baru ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori