Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, satu kesedaran perlu wujud bagi melahirkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut dalam misi mengelakkan ancaman terhadap umat Islam dan Melayu.
Melalui satu wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno bersama sebuah akhbar tempatan, beliau dilaporkan berkata, “Apa pun kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun nak jadi, akan jadi satu hari nanti.”
Bukan itu sahaja, Najib tidak menolak kemungkinan bahawa pelawaan kerjasama tersebut akan disuarakan UMNO kepada PAS.
Beliau menambah, terdapat segelintir pihak yang tak senang duduk dengan situasi Islam dan Melayu yang berkuasa di negara ini, lantas berniat melaga-lagakan antara satu sama lain.
“Senjata mereka adalah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh UMNO.”
Melihat situasi tersebut yang semakin meruncing, Najib sebagai pemimpin Islam akan cuba menyatukan ummah negara ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR