Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mydin Terminal 2 Dipecah...

SEREMBAN - Bilik juruwang Pasaraya Mydin di Terminal 2, Era Square di sini...

Nasi Dagang & Keropok...

NASI DAGANG DAN KEROPOK LEKOR TERENGGANU DITERBANGKAN KE LONDON ESOK KUALA TERENGGANU - Sebanyak...

PRK Pujut: SUPP Tolak...

KUALA LUMPUR - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berpegang teguh dengan prinsipnya yang...

PRU-15: Elak Kerja Mengorek...

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta kerjasama semua pihak untuk mengelakkan...

Najib Sertai Pemimpin APEC Pada Sesi Pemukiman

BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hari ini menyertai sesi pemukiman di Yangi Lake.

Sesi hari ini bermula dengan Presiden China Xi Jinping meraikan para pemimpin, diikuti sesi bergambar.

Kesemua pemimpin 21 ekonomi Apec, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin, menghadiri pemukiman itu yang dipengerusikan Xi.

Pada Isnin, Najib yang diiringi Duta Khas Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin dan para pegawai kanan Kerajaan Malaysia, mengadakan siri perbincangan dua hala.

Mesyuarat dua hala itu, antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dengan China dan Rusia selain meneroka idea baharu dan inovatif bagi meningkatkan lagi kerjasama sesama ekonomi Apec.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengadakan pertemuan berasingan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Bersama China, Perdana Menteri berpuas hati terhadap pemeteraian memorandum presefahaman (MoU) antara People’s Bank of China dan Bank Negara Malaysia, yang
akan memperkukuh hubungan ekonomi dan kewangan.

Bagi Xi, Malaysia merupakan rakan mesra dan dan boleh diharap, dan bagi merealisasikan hubungan yang lebih kukuh dan bermakna, Xi menggesa kebijaksanaan
dan semangat politik ditingkatkan.


Pada tengah hari, Najib turut menemui dua ketua kerajaan, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri New Zealand John Key.

Pada sesi pemukiman hari ini, pemimpin antara lain dijangka menumpukan perhatian kepada langkah akan datang bagi meningkatkan penyepaduan ekonomi serantau, menggalakkan pembaharuan ekonomi dan pembangunann inovatif selain mengukuhkan pelaburan infrastruktur dan perhubungan yang lebih komprehensif.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyertai wanita pertama lain melawat Summer Palace.

Rosmah juga dijadual menemui isteri Xi, Peng Liyuan.

Wanita-wanita Pertama itu kemudiannya berjalan ke Renshou Hall dan menaiki bot di Jeti Wenchang di Tasik KunMing.

Mereka kemudiannya akan berlepas ke Dehe Palace untuk menonton pertunjukan kebudayaan, berjalan ke Long Ailse (sejauh 120 meter) dan menaiki kenderaan untuk ke PaiYun palace.

Pada tengah hari, mereka akan berlepas ke Summer palace untuk hidangan tengah hari di AMAN Guest House. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori