Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pulau Pinang Dilanda Banjir...

GEORGE TOWN - Jalan utama Teluk Bahang menghala ke Jalan Batu Feringghi telah...

Mizz Nina No Miss...

BINTANG Hip Hop yang sudah berhijrah Mizz Nina akan berkongsi pengalamannya menjelajah garisan krisis...

Hebat! Gadis Lafaz Perkataan...

MENAKJUBKAN ! Seorang gadis ini mampu melafazkan perkataan secara terbalik dengan lancar dan...

Kastam Tumpas Sindiket Seludup...

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup lebih 1.5 juta...

Najib Sertai Pertemuan Produktif Di Luar Sidang Kemuncak APEC

BEIJING – Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), bermula hari ini di sini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan siri pertemuan yang produktif di luar acara sidang kemuncak itu.

Mesyuarat dua hala, antara lain, termasuk memperkukuh hubungan dengan China dan Russia, selain meneroka idea baharu dan inovatif bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan ekonomi APEC.

AELM bertema ‘Mencorakkan Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik’, akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping. Najib yang juga Menteri Kewangan, memulakan hari ini dengan mengadakan pertemuan dua hala dengan Xi, diikuti pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Pertemuan dengan Xi dan Li dianggap paling penting dengan ketiga-tiga pemimpin itu memanfaatkan peluang ini untuk bertukar-tukar idea mengenai isu-isu dua hala dan berkepentingan bersama.

Malaysia dan China menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, dengan Najib melawat China pada Mei lepas.


Pertemuan Najib dengan Xi dan Li adalah yang kedua dalam tempoh beberapa bulan ini.

Pada sebelah petang, perdana menteri akan mengadakan pertemuan dengan dua ketua kerajaan – Presiden Ruasia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri New Zealand, John Key.

AELM yang berlangsung selama dua hari dan dihadiri Ketua-ketua Kerajaan dari 21 anggota ekonomi Lingkaran Pasifik, akan memainkan peranan penting dalam mempromosi perdagangan di Asia Pasifik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori