Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

RUU Belanjawan 2021 Bacaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 selepas...

Siti Noor Radiah Sumbang...

INCHEON - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama...

Tiada Kejutan Akan Berlaku...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan "tiada sebarang kejutan...

El-Nino Penyebab Cuaca Panas...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan...

Najib Tunaikan Janji – Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakannya apabila menegaskan bahawa sekolah vernakular Cina akan terus kekal, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau menyambut baik kenyataan Najib yang memperkukuhkan hakikat bahawa kontrak sosial Malaysia adalah bersandarkan kepada keterangkuman.

“MCA menghargai kenyataan tegas Perdana Menteri yang menekankan bahawa pendidikan vernakular ialah sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,” kata Liow dalam kenyataan di ibu negara, Ahad malam.

Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan Ahad, Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa sekolah vernakular di negara ini akan kekal kerana penubuhannya ialah sebahagian daripada kontrak sosial negara.


Liow berkata kenyataan itu menunjukkan Najib menunaikan apa yang dijanjikannya dengan meminta semua rakyat Malaysia supaya memain peranan untuk membangunkan negara kerana mereka adalah sebahagian daripada masa depan kolektif.

“Ketika rakyat menjadi lebih peka tentang hak-hak demokratik mereka, BN harus menjadi lebih relevan dan menarik bagi populasi lebih besar dalam berdepan elemen tidak diingini yag cuba memecah belahkan perpaduan kita dan menghakis interaksi harmoni antara kaum.

“Semua rakyat Malaysia, terutama golongan muda, perlulah menangkis perlakuan seperti itu demi generasi akan datang,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori