Ketika melapah hasil tangkapan berupa seekor ikan jerung harimau gergasi seberat hampir 600 kilogram, lima orang nelayan di Filipina terkejut apabila menemui kepala dan kaki manusia yang hampir tercerna.
Selepas menyedari penemuan mayat tersebut, para nelayan kemudiannya mencampakkan kembali ia ke laut kerana menganggap ia membawa nasib buruk, tetapi membawa pulang sirip dan rahang hidupan laut itu.
Salah seorang dari mereka, Bodoy Gorgod, 48, berkata, “Ia sangat menjijikkan. Kami tak dapat tahan bau busuk. Saya mula menjadi nelayan pada usia 20 tahun, namun belum pernah menemui mayat manusia dalam perut jerung.”
Dia percaya, bahagian tubuh yang ditemui milik mangsa feri karam yang berlaku pada 15 September lalu.
Dalam kejadian tersebut ,seramai 84 individu menggunakan perkhidmatan tersebut. Namun dalam operasi menyelamat, hanya 82 berjaya ditemui manakala dua lagi masih hilang.
Pakar menjangkakan haiwan tersebut memiliki saiz 3.8 meter panjang berdasarkan rahang yang dibawa pulang nelayan itu. – MYNEWSHUB.CC