Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

CPTPP: Malaysia Jangka Eksport...

TOKYO - Malaysia menjangkakan eksport lapan jenis barangan ke pasaran Perjanjian Komprehensif dan...

Remaja Maut Ditembak Tentera...

BANDAR GAZA - Dua rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun, mati...

Hujan Berterusan Di Utara...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan hujan lebat,...

MIC Kekal, Jika Gabungan...

PRESIDEN MIC, SA Vigneswaran berkata, tidak salah UMNO bekerjasama dengan PAS, jika hubungan...

Noh Akan Jumpa Najib Berhubung Isu UMNO Selangor

SHAH ALAM – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.

Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

“Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour … menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

“Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di sini, hari ini.


Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.

Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

“Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak … beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan,” kata Noh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori