Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Nelayan Tempatan Selamat...

JOHOR BAHRU – Tiga nelayan tempatan terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila dilepaskan oleh...

KKM Sangsi Biji Rambutan...

KUALA LUMPUR - Tiada rujukan ilmiah menyatakan bahawa biji buah rambutan adalah ubat...

Asyik Dikutuk Kurus, Gadis...

KURUS ke, gemuk ke, cantik atau tidak... Kalau betul seseorang tu mahukan kita...

Nasib Kanak-Kanak Mangsa Konflik,...

Nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata adalah antara isu utama yang...

Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta

ALAHAi kesiannya, lelaki manalah yang sanggup merobek hati gadis secantik pelakon Nur Fazura ni…

Ketika ditemui pihak media semasa majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Fazura mengakui dia mengalirkan air mata ketika melihat babak putus cinta.

Menurutnya, ini kerana persamaan watak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) itu memang sedikit sebanyak ada berkait dengan kisah peribadinya termasuk bab putus cinta.

“Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.


MCDC diarahkan oleh Bernard Chauly turut dibintangi ramai pelakon popular antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein dan Eja.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember ini.

Buat yang rindukan lakonan spontan dan ‘gedik’ Fazura pastinya dah tak sabar nak lihat naskhah lakonan terbaharu si cantik manis ni kan! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori