Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Abdullah: Jeneral Pertama Di...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles"APA yang saya lakukan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar...

5 Pendatang Asing Maut...

TEXAS - Lima pendatang asing maut manakala beberapa lagi cedera selepas kenderaan yang...

Muhammad Ali ‘Pemain Bola...

KETIKA satu dunia bercakap mengenai kehilangan lagenda tinju dunia Muhammad Ali, seorang gadis...

Ayam Panggang RM16.90 Jer...

KUALA LUMPUR - Kedai Ayamas akan melancarkan jualan ayam panggang hanya pada harga...

Paras Air Di Empangan Sultan Abu Bakr Normal Pagi Ini

CAMERON HIGHLANDS – Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam di sini dilaporkan berada di paras normal iaitu 3,499 meter setakat pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata walaupun berlaku hujan lebat sekejap-sekejap sejak petang Sabtu lepas, paras air di empangan itu masih berada pada tahap stabil.

“Pada 5 Sept (Rabu) lepas, paras air di empangan itu mencatatkan 3,509 meter dan dikategorikan bahaya.

“Keadaan di empangan berkenaan kini dilaporkan normal, bagaimanapun pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad sentiasa memantau keadaan dan jika berlaku pelepasan air kali kedua, penduduk akan dimaklumkan lebih awal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat kerana parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Selain itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini, lima orang terkorban manakala lima lagi cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori