Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPAD Kesal Sikap Pemandu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia akan memastikan...

Eksport Strawberi India Ke...

NEW DELHI - Penanam strawberi India di kawasan Mahabaleshwar-Panchgani di negeri Maharashtra, akan...

Jepun, Mexico Henti Import...

SAO PAULO - Kedutaan Jepun di Brazil semalam menggantung import ayam dan produk...

7,000 Pelajar B40 UM...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 7,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Universiti...

Parkir Bukit Bendera Dibuka Tahun Depan

GEORGETOWN – Parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera di sini, yang sedang dibina semula, dijangka dibuka kepada orang ramai sebelum Tahun Baharu Cina, 19 Feb tahun depan.

Pengurus besar Perbadanan Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar berkata kerja membina semula bangunan lapan tingkat itu telah selesai dan memerlukan tiga bulan lagi untuk mendapatkan perakuan siap dan pematuhan daripada pihak berkuasa berkenaan.

“Sekarang, kami menunggu sambungan bekalan air dan elektrik daripada pihak berkuasa berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan terhadap projek parkir itu di sini hari ini.

Beliau berkata pada mulanya, projek itu ditetapkan siap pada 25 Nov tahun lepas, tetapi kontraktor terbabit, Yuan Seng Building Trading Sdn Bhd, memohon penangguhan untuk menyiapkannya.

Bagaimanapun, kata beliau PDC mengenakan pampasan lewat siap (LAD) pada kadar RM5,000 sehari terhadap kontraktor berkenaan kerana gagal menyerahkan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Rosli berkata bangunan berharga RM11 juta itu mengandungi enam tingkat tempat letak kenderaan, satu tingkat komersial dan satu tingkat ruang pejabat.


“Penyerahan projek ini oleh kontraktor terbabit kepada PDC dijangka dilakukan awal tahun depan dan selepas itu, PDC akan menentukan kadar yang sewajarnya sebelum ia dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Projek di bawah Kementerian Pelancongan itu bermula pada 2011 dengan kos RM5 juta.

Bagaimanapun, ia dilanda pelbagai masalah dan menyebabkannya perlu diroboh, direka bentuk semula dan dibina kembali pada 2012.

Perkara itu menyebabkan kos membina bangunan letak kereta itu, yang sepatutnya mula beroperasi pada 2012, meningkat kepada RM11 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori