Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Mizan Sah Kembali...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kembali menyertai skuad ekuestrian...

36,304 Dapat Semua A...

KUALA LUMPUR - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun...

Peraturan Mudah Bangun Semula...

PUTRAJAYA - Kerajaan merancang memperkenal peraturan baharu bagi memudahkan urusan pembangunan semula kawasan...

Hartawan Jepun, Undang Artis...

HAWTHORNE - Hartawan Jepun yang bakal menjadi pengembara pertama mengelilingi bulan menaiki roket...

PAC Akan Panggil 9 Kementerian Dan 5 Agensi – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil sembilan kementerian dan lima agensi dan jabatan kerajaan untuk memberi penjelasan lanjut berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sembilan kementerian itu adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

“Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu jelaskan beberapa perkara di dalam program 1Azam seperti pemilihan peserta dan peruntukan yang telah diberikan,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai pengurusan pengendalian acara dalam program yang dianjurkan manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan dipanggil mengenai pengurusan subsidi biji benih padi sah.

“Kesemua mereka akan dipanggil secara berperingkat mulai Januari depan dan laporan hasil dari pertemuan itu akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat pada Mac depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 selepas bermesyuarat dengan Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Anwari Suri di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata lima agensi itu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (Kementerian Pertahanan) mengenai pengurusan bayaran faedah kepada pesara Angkatan Tentera dan Jabatan Akauntan Negara (Kementerian Kewangan) mengenai pengurusan wang tidak dituntut.


Turut dipanggil adalah Polis Diraja Malaysia (Kementerian Dalam Negeri) mengenai pengurusan kenderaan peronda dan motosikal Unit Rondaan Bergerak dan pengurusan saman trafik.

Selain itu, akan dipanggil adalah Majlis Amanah Rakyat (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) mengenai pengurusan projek pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Kuala Kangsar dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong serta pengurusan Syarikat Malaysia Institute of Aviation Technology Sdn Bhd.

“Agensi lain adalah Jabatan Alam Sekitar (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) mengenai pengurusan aktiviti penswastaan pengawasan udara dan penguatkuasaan punca tetap dan punca bergerak,” katanya.

Ditanya mengenai laporan audit itu, Nur Jazlan berkata pihaknya agak terkejut dengan peningkatan jumlah kementerian dan agensi yang akan dipanggil kelak berbanding siri yang lepas.

“Saya rasa mungkin kerana banyak isu. Sepatutnya jumlah yang akan dipanggil berkurangan. Saya juga rasa setiap tahun, audit telah dijalankan dengan lebih menyeluruh,” katanya yang tidak pasti jumlah kementerian yang telah dipanggil pada siri lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Audit

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori