Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Menyelamat Ke Lokasi...

JAYAPURA (Indonesia) - Pasukan menyelamat digerakkan ke lokasi nahas pesawat di timur Indonesia...

TH Sentiasa Utamakan Aspek...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sentiasa memberi penekanan terhadap keselesaan dan kebajikan para...

Tuduhan Guna RM400 Juta...

KOTA BHARU - Tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400...

Pelajar Malaysia Maut Dalam...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perubatan Malaysia maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit...

PBB Mahu Lubnan Segera Pilih Presiden

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin di Lubnan segera memilih presiden, memandangkan negara berkenaan tidak mempunyai ketua negara sejak Mei lalu.

Presiden majlis yang juga Duta Australia di PBB, Gary Quinlan membacakan kenyataan akhbar semalam selepas diberi taklimat mengenai situasi di negara berkenaan.

Presiden Michel Suleiman meletakkan jawatan selepas tempoh penggal enam tahunnya tamat tanpa pengganti.

Jawatan presiden adalah kedudukan tertinggi negara itu yang dipegang oleh penganut Kristian.


Minggu lalu dalam undian yang dijalankan, ahli Parlimen Lubnan bersetuju untuk melanjutkan tempoh mereka, tanpa mengadakan pilihan raya bagi kali kedua berturut-turut.

Mereka berpendapat situasi keselamatan di Lubnan adalah terlalu lemah bagi membolehkan pilihan raya diadakan ketika negara jiran, Syria sedang menghadapi peperangan sivil.

Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mereka bahawa ahli Parlimen berkenaan menafikan hak mengundi di negara yang secara tradisi sepatutnya mengadakan pilihan raya. – AP

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori