Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Samantha Dinobatkan Miss Universe...

GADIS dari Kuala Lumpur, Samantha Katie James muncul dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017. Samantha,...

Malaysia, UK Perbaharui Komitmen...

PUTRAJAYA - Malaysia dan United Kingdom akan memperbaharui komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam...

Sekeluarga Cemas Kereta Dihempap...

BALIK PULAU - Sebuah keluarga dari Johor yang sedang bercuti di negeri ini,...

JAS, Jabatan Perikanan Melaka...

MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka masih menjalankan siasatan berhubung ribuan...

PBNJ Perkenal Kad Keahlian Penyokong Harimau Selatan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memperkenalkan kad keahlian penyokong Harimau Selatan cuma pada harga RM10 setahun.

Laman Facebook JOHOR Southern Tigers dalam satu kenyataan memberitahu, pemegang kad itu berpeluang menikmati potongan diskaun di lebih 1,000 buah kedai di sekitar negeri Johor dan Lembah Klang yang akan diumumkan.

“Dapatkan segera kad keahlian tersebut dan anda berpeluang menikmati potongan diskaun di lebih 1000 buah kedai di sekitar negeri Johor dan kawasan Lembah Klang yang akan diumumkan tidak lama lagi,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ turut memaklumkan akan menyediakan sebuah pejabat untuk Kelab Ahli Gabungan Penyokong Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk Boys Of Straits (B.O.S) di Stadium Larkin, Johor.


Sementara itu, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya penyokong JDT menjaga nama baik negeri Johor.

Titah baginda, bola sepak Johor kini diperhatikan dunia maka penyokong perlu memainkan peranan mereka.

“Kita kena tunjukkan kelakuan dan disiplin yang terbaik. Tahu mana yang boleh dan yang tidak boleh demi nama baik negeri Johor,” titah baginda.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBNJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori