Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Maggi, Pelajar MRSM...

SEORANG pelajar tahun dua di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Baling, Kedah terlantar di hospital...

Warga Asing Dibelasah Kerana...

BARU-BARU ini Malaysian Crime Watch (MyWatch) telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi seorang  pegawai...

Nafi Tuduhan Anjing Ditembak...

MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) menafikan dakwaan bahawa majlis itu telah menembak...

PKR Permatang Pauh Terkejut...

BUKIT MERTAJAM - PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan keputusan Anggota Parlimen...

PDRM Nafi Bagi Kenyataan Isu Jual Organ Manusia, Perogol Bersiri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa kesal kerana masih ada pihak menyebarkan satu kenyataan palsu daripada polis mengenai penjualan organ manusia dan perogol bersiri membabitkan lelaki bernama Faris Farhan Akhlaken Ahmad.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, kenyataan palsu yang kononnya daripada beliau itu disebarkan secara meluas dalam media sosial.

“Kebelakangan ini berita palsu tersebut disebarkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga membangkitkan kegusaran masyarakat.

“Perkara ini menjadi tambah serisu ekoran kejadian di negara jiran melibatkan percubaan mengirim anggota tubuh manusia yang diawetkan ke Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Asmawati, PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang maklumat atau laporan polis diterima mengenai penjualan organ manusia dan perogol bersiri di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang supaya tidak menyebar maklumat paslu berkenaan kerana ia menjejaskan ketenterama awam dan membangkitkan keresahan ramai.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori