Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Siti Bainun Dimasukkan Ke...

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang...

Giliran Amirul Hadi, Kunanlan...

KUALA LUMPUR - Dua lagi pemain bola sepak negara daripada pasukan Johor Darul...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib...

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan...

Cara ‘Kreatif’ Pemandu Lori...

SEBAHAGIAN pemandu lori di China menggunakan pelbagai cara 'kreatif' bagi mengelakkan saman trafik selepas...

Pegawai Kes Beng Hock Layak Naik Pangkat – Putrajaya

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes kematian Teoh Beng Hock, Mohd Anuar Ismail, telah melalui proses sepatutnya sebelum dinaikkan pangkat.

Tambah beliau, individu tersebut bersama beberapa pagawai lain yang disiasat, terbukti bersih daripada sebarang keraguan. Namun, siasatan masih berterusan dan jika didapati bersalah, pangkat tersebut akan ditarik balik.

Memetik kenyataan Paul dalam portal The Malaysian Insider, “Pegawai tersebut melalui satu proses kenaikan yang ketat dan teratur selari dengan peraturan dan prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Antara lain, beliau melalui proses kompetensi dan penilaian yang diperakui JPA termasuk mengambil kira tempoh perkhidmatan beliau selama hampir 10 tahun.”

Melalui jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching, Ahli Parlimen DAP, menteri itu berkata, Anuar dinaikkan pangkat dari gred 44 pada 2009 kepada gred 48.

Menurutnya lagi, hanya Anuar sahaja dinaikkan pangkat manakala dua pegawai yang juga terlibat dalam siasatan Beng Hock, iaitu Hishamuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus masih kekal dengan gred 44.

Tambah Low, selari dengan peraturan perkhidmatan awam, Anuar tidak disabitkan dengan mana-mana tuduhan dan kesalahan jenayah.


“Justeru, beliau wajar diberi pertimbangan untuk kenaikan gred sebagaimana pegawai-pegawai lain atas prinsip ‘innocent until proven guilty’.”

Kelmarin, ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock telah bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dan menzahirkan kekesalan atas kenaikan pangkat Anuar.

Mereka juga membuat rayuan kepada menteri-menteri supaya memberikan keadilan kepada kematian bekas pembantu exco Selangor itu.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka yang dibuat Mahkamah Koroner dalam kes Beng Hock dan memutuskan kematiannya itu akibat tindakan seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali yang melanggar undang-undang.

Keputusan tersebut dibuat tiga panel yang memerintahkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam tanpa mengecualikan pegawai SPRM. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori