Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ini Bukan Mamak Roti...

SEGAMAT - Jika orang Singapura menyebutnya sebagai roti prata namun orang Malaysia pula...

Lagi Mayat Dengan Kesan...

KUALA LUMPUR - Jika Isnin lalu seorang juruteknik dikejutkan dengan penemuan mayat wanita...

Bomba Tidak Perlu Pelekat...

PUTRAJAYA – Kenderaan bomba tidak diperlukan mempunyai pelekat had laju yang ditampal pada...

Kadar Jenayah Di Labuan...

LABUAN - Kadar jenayah di pulau bebas cukai ini menurun hampir 5.56 peratus...

Pegawai Polis Tarik Balik Saman Selepas Peniaga Mohon Maaf

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah, ACP Carleel Mohd Effendi, menarik balik tuntutan saman terhadap seorang peniaga yang didakwa memfitnah beliau dalam sepucuk surat, lapan tahun lepas.

Carleel, 57, selaku plaintif, mengambil tindakan itu selepas defendan, Tan Kim Kee, 60, memohon maaf secara terbuka di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguam defendan, M Manoharan.

Selain itu, defendan juga menarik balik semua tuduhan fitnah terhadap plaintif yang diwakili peguam, Datuk M Selva.

Manoharan, ketika membaca kenyataan itu, berkata anak guamnya telah menyesal dan memberi jaminan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Tan yang berasal dari Klang juga bersetuju membayar pampasan berjumlah RM500 yang dibayar kepada pertubuhan kebajikan dipilih oleh Carleel iaitu Masjid Nur Islam di Kota Kinabalu, Sabah.


Mahkamah sebelum ini menetap selama tiga hari bermula hari ini untuk mendengar kes saman RM2 juta yang difailkan oleh Carleel pada 24 Ogos 2006 atas tindakan defendan mengedar surat berunsur fitnah pada 10 April 2006.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang ketika itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, mendakwa Tan dengan niat jahat telah membuat tuduhan kononnya beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyiasatan satu kes penipuan di Klang.

Surat terhadap Carleel itu telah dihantar kepada Ketua JSJK Selangor, Datuk Hairuddin Mohamed dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar.

Perbuatan Tan itu menyebabkan plaintif, ketika itu berpangkat Superintendan, telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain menuntut ganti rugi, pegawai polis itu juga menuntut supaya Tan mengeluarkan iklan di akhbar New Straits Times (NSTP), The Star dan Sin Chew Daily secara tanpa syarat untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori