Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

JAIM Tahan 3 Pasangan...

MELAKA - Tiga pasangan remaja ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki...

Tuan Ibrahim Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar...

Pusat Aktiviti Warga Emas...

ARAU - Warga emas diminta memanfaatkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang menawarkan...

Doktor 71 Tahun Raba...

SEORANG doktor berusia 71 tahun dari Singapura kekal dihukum penjara atas kesalahan mencabul pesakitnya...

Pelajar Tersesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat

REMBAU – Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang tersesat di Gunung Datuk dekat sini Jumaat petang dijumpai dalam keadaan selamat.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad berkata G. Glausia, 20, yang berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 Jumaat malam.

“Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Mangsa dipercayai tersesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.

Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.


Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang.

Gunung Datuk setinggi 884 meter merupakan antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori