Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kereta Api Bawa Minyak...

MOUNT CARBON, West Virginia - Kereta api yang membawa lebih 100 tangki minyak...

Singapura Pamerkan Batu Permata...

SINGAPURA - Pernahkah anda melihat sebiji batu nilam nadir yang berharga sekitar RM42...

Kata Putus Harga Tiket...

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia...

Tren MMMSL Tamat Operasi,...

MAKKAH - Selepas tujuh hari beroperasi sejak 29 Ogos lalu dan membawa kira-kira...

Baru 24 Tahun, Dah Mengembara Ke Lebih 34 Negara

Kisah lelaki ini boleh dijadikan iktibar bagi sesiapa yang mahu meneroka keindahan dunia ciptaan Ilahi.

Bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang, namun atas tekad usahanya sendiri, Meor Farid Asyradi mampu mengembara secara solo di lebih 34 negara meskipun usianya baru 24 tahun.

Nama Meor Farid jadi perbualan selepas dia berkongsi kisah kembara solonya dalam satu temubual menerusi sebuah rancangan televisyen Al-Hijrah.

Lebih menarik, jejaka melayu ini masih lagi bergelar penuntut Fakulti Akademik Pengajian Islam (API), Universiti Malaya.

Menurut Meor Farid, berkat kesabaran mengumpul wang dan berjimat, dia berkesempatan mengunjungi negara-negara tersebut.

Contohnya, ketika kembara mengeliling benua Eropah, dia hanya dapat mengumpul RM7,500 untuk ke sana. Justeru untuk berjimat dia hanya menaiki tren ketika menjejak lebih 20 negaradi benua itu.

Meor Farid juga berkongsi tip sering menjadikan train station dan masjid sebagai pusat penginapan sementara.


Malah, pernah sekali ketika di Sweden dia dibantu oleh rakannya yang memberi makan dan tempat tinggal secara percuma ketika di sana.

Untuk makluman, Meor Farid sering mengumpul wang tambahan ketika cuti semester dengan menjadi guru tuisyen, fasilitator dan melakukan persembahan nasyid. Melalui wang tersebutlah beliau menyimpan dan merealisasikan kembara solonya untuk melihat tempat baru.

Jom kita lihat video yang dirakam oleh Meor Farid ketika pengembaraan solonya..

Benar kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori