PELAKON filem The Hunger Games, Josh Hutcherson menyatakan hasratnya untuk cuba memakan daging manusia.
Josh menyatakan dirinya mempunyai sifat-sifat kanibal (manusia yang memakan daging manusia) tetapi tidaklah sehingga terpaksa membunuh orang.
“Saya hanya tertarik untuk makan daging manusia tetapi bukan dengan cara membunuh.
“Mungkin saya boleh makan daging manusia yang sudah pun meninggal dunia dan rasanya ia lebih semula jadi kerana saya ingin tahu apa rasanya makan daging manusia,” katanya.
Menurutnya perkara itu bukanlah sesuautu yang pelik yang boleh membuatkan orang ramai terkejut atau berasa ngeri dengan keinginnannya itu.
Sementara itu, Josh menafikan dirinya mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon gandingannya dalam The Hunger Games, Jennifer Lawrence sebaliknya menyifatkan perhubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan artis. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR