Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM9 Juta Naik Taraf...

SERIAN - Sebanyak RM9 juta akan diperuntukkan bagi kerja menaik taraf Masjid Bahagian...

Nazmi Positif Latihan Sebelah...

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nazmi Faiz Mansor...

Punca Tiga Penyokong Tidak...

PUNCA tiga rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Piala...

PN Tanding 169 Kerusi...

Kuala Lumpur : Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan...

Pelarian Rohingya Harung Seksa Sebelum Tiba Malaysia

KUALA LUMPUR – Bibijan Rahimullah mengambil keputusan untuk menaiki sebuah bot kecil di Myanmar pada Oktober lalu yang akan mengambil masa selama seminggu untuk sampai ke Malaysia bagi melarikan diri daripada keganasan yang melanda etnik Rohingya.

Sebaliknya, dia dan tiga anak kecilnya terpaksa berdepan pelbagai detik hitam sepanjang menempuh perjalanan tersebut.

Bibijan mendakwa mereka terpaksa berhimpit seperti sardin di dalam sebuah bot dan menyaksikan beberapa rakan senegaranya mati akibat diseksa.

Mayat mereka kemudiannya dibuang ke dalam laut seperti sampah.

“Saya tidak menduga tragedi yang kami harungi dalam perjalanan untuk sampai ke sini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan datang ke sini. Saya lebih rela mati di rumah saya,” kata wanita berusia 27 tahun itu dalam satu temu bual bersama agensi berita AFP di Kuala Lumpur.

Komuniti Islam Rohingya dilabelkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu etnik minoriti di dunia yang paling ramai ditindas.

Mereka sanggup menyeberang Laut Andaman dan pesisir pantai Thai untuk melarikan diri ke Malaysia selepas kerajaan Myanmar menyifatkan seramai 1.3 juta etnik Rohingya sebagai pendatang di negara itu.

Malah, taraf kerakyatan dan peluang ekonomi mereka turut dinafikan.

Namun, seorang aktivis berkata, bilangan etnik itu yang hidup sebagai pelarian kini semakin meningkat sejak dua tahun lalu selepas pertempuran berdarah berlaku membabitkan penganut Buddha dan Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar.

Penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa berkata, seramai 19,000 orang telah melarikan diri sejak awal Oktober lalu.


Jika sebelum ini, kebanyakan pelarian terdiri daripada golongan lelaki, pada hari ini berlaku peningkatan dari segi bilangan wanita dan kanak-kanak yang sanggup bergadai nyawa untuk melarikan diri ke negara jiran.

Bibijan bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan dua anak perempuannya masing-masing dua dan tiga tahun meninggalkan rumah mereka di Rakhine untuk mengikuti suaminya yang melarikan diri ke Malaysia, dua tahun lalu.

Sebuah bot kecil yang dipenuhi puluhan pelarian membawa mereka menyelusuri sungai sebelum dipindahkan ke sebuah kapal.

“Keadaan di dalam kapal terlalu padat. Orang ramai kelihatan seperti ikan sardin,” katanya.

Bibijan berkata, pelarian wanita akan diberi makan nasi dengan hanya berlaukkan tiga tangkai cili kering dan sedikit air.

Manakala pelarian lelaki pula katanya, hanya akan diberi makan sekali sehari atau tidak diberi makan langsung.

“Pelarian lelaki menjadi sangat lemah. Apabila mereka bertanyakan mengenai makanan, mereka dipukul dengan pangkal senapang dan batang besi,” kata Bibijan.

Wanita itu berkata kira-kira belasan pelarian mati kerana dipukul, kelaparan atau sakit dan mayat mereka kemudiannya dicampak ke dalam laut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori