Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Beri Keterangan Kali...

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu...

Terlepas Habuan Zaman Najib,...

BELUM 100 hari kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan di Putrajaya, di...

Larangan Ke Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Larangan perjalanan ke Korea Utara yang dikeluarkan Kementerian Luar, tepat...

Pertandingan Tiga Penjuru PRK...

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...

Pemandu Maut Bas Ekspres Terbabas Dan Terbalik

MELAKA – Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lima penumpang cedera ringan apabila bas itu terbabas dan terbalik di KM 174.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohd Hazuan Zaharia, 35, berasal dari Banting, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penumpang lain dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata bas yang dalam perjalanan dari Johor Baharu, Johor menuju ke Melaka Sentral di sini, cuba mengelak sebuah kereta yang terbabas ke laluan bas berkenaan.

“Ketika kemalangan, tiada perlanggaran berlaku kerana kereta yang berada di hadapan bas tersebut terlebih dahulu telah terbabas dan melintang di laluan bas menyebabkan pemandu bas mengambil tindakan mengelak, hingga terbabas dan terbalik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori