BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki Israel dalam dua serangan berasingan pada Rabu lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan 16 lagi cedera.
Serangan pertama melibatkan pejalan kaki di jalan utama antara Baitulmuqaddis Timur dan Barat termasuk orang ramai di sebuah stesen kereta api.
Insiden kedua pula berlaku di sebuah simpang di Tebing Barat, pinggir Baitulmuqaddis.
Seorang anggota polis etnik Druze berumur 38 tahun dan pemandu Palestin terbunuh dalam serangan pertama tersebut manakala serangan kedua mencederakan tiga askar Israel lewat kelmarin berhampiran sebuah kejiranan di selatan Baitulmuqaddis.
“Kenderaan komersial itu memiliki nombor pendaftaran Palestinâ€Â, menurut polis Israel dalam satu kenyataan.
Dalam serangan pertama yang berlaku sejurus selepas tengah hari, seorang penduduk Palestin memandu van Ford Transit merempuh beberapa anggota polis kawalan sempadan menyebabkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera.
“Dia kemudian memandu sejauh beberapa ratus meter dan merempuh sebilangan penumpang di sebuah stesen kereta api dan mencederakan 11 orang sebelum ditembak mati oleh polis Israel,†kata seorang pegawai perkhidmatan kecemasan.
Dalam pada itu, berpuluh-puluh penduduk Palestin yang berang mengadakan bantahan di beberapa lokasi di Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya. Mereka membaÂÂling batu, mercun dan bom paip ke arah polis Israel.
Pertempuran berlaku selepas polis Israel didakwa memasuki Masjid al-Aqsa pagi Rabu lalu.
Dalam perkembangan lain di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Pihak Berkuasa Palestin meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan berhubung perbuatan menghina tempat suci umat Islam itu.
“Kumpulan pelampau yang disokong rejim Zionis dan dilindungi beratus-ratus anggota tentera serta polis Yahudi menyerbu masjid al-Aqsa dan mencemarkan tempat suci itu,†kata wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour. – dpa