Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dipercayai Mati...

REMBAU - Mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun dekat...

Lepas 10 Hari Nikah,...

SEPERTI yang kita ketahui setiap makhluk yang bernafas pasti akan melewati kematian. Kematian...

2 Peniaga Dituduh Di...

KOTA BHARU - Dua peniaga dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini...

Bomba Pindah Pesakit 290kg...

Rawang - Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki...

Pemansuhan Subsidi Bahan Api Baik Untuk Ekonomi

PEMANSUHAN subsidi bahan api oleh kerajaan merupakan langkah positif, dan tidak memberi impak ketara ke atas ekonomi, kata firma penyelidikan.

RHB Research Institute berkata, firma itu yakin keputusan tersebut tepat, memandangkan ia dapat mengurangkan beban subsidi kerajaan, berikutan penurunan harga minyak mentah akan memberi impak negatif ke atas pendapatan daripada bahan api.

Ia juga memberi tekanan ke atas defisit bajet kerajaan. “Kami tidak menjangkakan langkah itu akan memberi impak ke atas ekonomi secara negatif, kerana kami yakin pengguna dan perniagaan boleh menyesuaikan dan biasanya dengannya.

“Penjimatan daripada subsidi bahan api kelak dapat digunakan untuk tujuan yang lebih produktif seperti pembangunan dan meningkatkan daya saing negara,” katanya dalam notanya hari ini.

Jumaat lepas kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan diesel akan ditetapkan secara sistem apungan terkawal mulai 1 Disember.

Ia mungkin juga menimbang untuk memperkenal mekanisme subsidi bahan api bersasaran pelbagai peringkat kemudiannya jika harga kembali meningkat dan langkah itu bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menangani peningkatan kos hidup.

RHB Research berkata sistem apungan terkawal dijangka menghalang perniagaan daripada sengaja meningkatkan harga setiap kali subsidi bahan api dikurangkan.


Kenaikan harga bahan api oleh kerajaan memburukkan lagi inflasi dalam negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

“Kami yakin pengukuhan pertumbuhan ekonomi dijangka menjadi pertimbangan yang lebih penting, relatif kepada inflasi untuk keputusan monetari pada 2015, berikutan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan ia tidak memberi kesan ke atas inflasi memandangkan peningkatan harga bahan api pada Oktober sudah pun hampir kepada kadar tidak bersubsidi.

Ia berkata kedudukan ini juga memberi impak minimum ke atas dasar monetari dan firma itu yakin bahawa kebimbangan sebenar adalah mengenai pertumbuhan global yang lemah tahun depan.

“Bagaimanapun langkah itu sudah pasti akan membantu kerajaan menyepadukan fiskal dan memastikan sasaran defisit fiskal pada 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2014 dan 3.0 peratus pada 2015, dapat dicapai,” katanya.

Kenanga mengekalkan unjuran inflasi pada 3.3 peratus tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori