Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kastam Rampas 8 Kontena...

DENGKIL - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lapan kontena mengandungi komponen mesin...

60 – 70 Penagih...

KUALA LUMPUR - Secara purata antara 60 dan 70 orang di negara ini...

Pahang Tiada Cadangan Ubah...

KUANTAN - Pahang tidak bercadang untuk mengubah had umur perkahwinan sedia ada di...

Malaysia Menang Pingat Pertama...

MALAYSIA merangkul pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila gandingan penerjun, Pandelela Rinong...

Pembangkang Akan Gagal Gugat Perpaduan Kabinet Sarawak

KUCHING – Perpaduan di Sarawak akan terus kukuh walaupun ada cubaan oleh pembangkang untuk menggugatnya atas isu ikrar integriti yang cuba digembar-gemburkan mereka, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini Selasa.

Beliau berkata menteri dan menteri muda Sarawak sememangnya akan menandatangani ikrar itu, tetapi adalah tidak adil bagi pembangkang menuduh kononnya ada sesuatu yang cuba mereka sembunyikan, menyebabkan ikrar itu tidak ditandatangani.

“Sebarang cubaan oleh pembangkang untuk melaga-lagakan saya dan anggota Kabinet saya akan gagal dan akan sentiasa gagal. Kami bukannya bodoh untuk mendengar (tuduhan-tuduhan) mereka. Kami berpegang kepada perpaduan Kabinet,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Adenan berkata anggota-anggota Kabinet negeri akan menandatangani ikrar itu selepas semua jabatan kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan syarikat serta anak syarikat yang berkaitan telah menandatangani ikrar integriti masing-masing yang telah diperakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Untuk mendapatkan perakuan terhadap ikrar-ikrar itu, katanya, badan-badan kerajaan itu perlu melalui suatu proses yang dipantau oleh SPRM dan beliau berharap proses ini akan disegerakan sebelum dipanjangkan kepada menteri-menteri dan menteri muda. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori