Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Caj Kuarantin Hotel Bermula...

BERMULA 1 Jun, semua rakyat Malaysia di luar negara yang mahu pulang ke...

Genting Highlands, Pulau Tioman...

KUALA LUMPUR - Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka akan dibuka kepada pelancong tempatan...

Dua Kes Import Di...

SINGAPURA: Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat...

Makan Ikan Mentah Punca...

BANGKOK – Apabila beliau berada di sebuah sekolah perubatan, Narong Khuntikeo telah menemui...

Pembuat Bom Perancis Maut Dalam Serangan Udara Di Syria

WASHINGTON – Serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Syria malam tadi mensasar dan membunuh seorang pembuat bom Perancis, David Drugeon, antara anggota militan utama dalam al-Qaeda yang merancang serangan terhadap negara Barat.

Seorang pegawai pertahanan berkata, Drugeon adalah saudara baharu Islam yang disyaki bekerja dengan veteran al-Qaeda, yang digelar oleh Washington sebagai kumpulan Khorasan.

Kumpulan militan yang merbahaya itu adalah antara pihak yang melakukan perancangan untuk melancarkan serangan terhadap AS dan negara Barat lain.

Pegawai Amerika menyifatkan Drugeon, 24, sebagai orang yang bahaya dan kematiannya adalah satu kerugian kepada kumpulan Khorasan.

“Dia adalah antara sasaran kami. Kami fikir kami sudah mendapatnya,” kata pegawai kanan pertahanan AS.


Namun, katanya, kematiannya perlu disahkan terlebih dulu.

Seorang pegawai tentera juga menyatakan keyakinannya bahawa Drugeon adalah antara mereka yang terbunuh dan menyatakan operasi berkenaan adalah satu kejayaan dalam usaha antikeganasan Washington.

Ia adalah serangan kedua terhadap kumpulan Khorasan itu sejak 23 September, apabila serangan udara diketuai Amerika Syarikat dimulakan di Syria. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori