Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DBKL Perlu Pertingkat Operasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah baik pengurusan lesen...

Wanita Terkejut Diintai Oleh...

APABILA kita mendaftar masuk ke dalam sesebuah hotel, perkara pertama yang kita harapkan...

Agong Cukur Jambul Cucu...

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat hadiri majlis cukur jambul...

Dr. Zakir Berterima Kasih...

BESUT - Pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

Pemegang Pas UNHCR Maut Ditikam

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar mati dipercayai akibat ditikam di pinggang di Jalan Ampat Tin, Off Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, di sini awal pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Myo Thura, 27, ialah pemegang pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy berkata mangsa pulang ke rumah sewanya pada 1.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah dan dibawa seorang rakan serumahnya ke sebuah klinik di Batu 3, Jalan Ipoh.

Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang dan kejadian itu dimaklumkan kepada pemilik rumah yang menghubungi polis.


“Bagaimanapun dia meninggal dunia dan doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati kesan tikaman di pinggang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Munusamy berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan. Punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori