KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memohon orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada parti itu untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu.
Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, DPPM memerlukan sumbangan kewangan mencukupi bagi memberi bantuan barangan keperluan kepada kira-kira 1,200 keluarga yang sedang terjejas.
“Barangan yang diperlukan ialah beras 5 kilogram (kg) sebanyak 1,200 kampit, Gula 1kg (2,400 pek), gandum 1kg (1,200 pek), minyak masak 1kg (1,200 pek), biskut (1,200 pek), sardin (1,200 tin),
teh uncang (1,200 pek) dan beehon juga 1,200 pek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, sumbangan itu boleh diberikan kepada DPPM melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda PAS Malaysia.