Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Program Imunisasi Covid-19 Bermula...

KUALA LUMPUR - Hari ini, Malaysia akan memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran...

Elaun Petugas, Pemeriksa SPM...

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan...

Maharaja Lawak Mega: Joras...

PROGRAM lawak Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) semakin sampai ke kemuncak apabila hanya...

Gaji Pemain Bola Perlu...

KUALA LUMPUR - Gaji pemain bola sepak Liga Malaysia perlu realistik bagi mengurangkan...

Pemuda PAS Perak Minta Pafa Ambil Pemain Import Berkualiti

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) digesa tidak melepaskan pemain-pemain muda berkualiti negeri itu daripada dibeli oleh pasukan lain untuk aksi pada musim depan.

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Perak, Faidz Ismail berkata, pemain yang berjaya digilap sepatutnya menjadi tunjang kepada kekuatan Skuad Seladang.

“Kesungguhan pengurusan dan kejurulatihan dalam membina skuad Kejor Yop Skor disokong penuh oleh DACS Perak kerana kami yakin semuanya adalah untuk kebaikan pasukan kesayangan rakyat Perak itu.

“Kami meletakkan harapan yang tinggi kepada Skuad Seladang untuk merangkul kejayaan sekurang-kurangnya satu piala tahun hadapan dan berada dalam rangking empat pasukan terbaik Liga Super,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Faidz bagaimanapun melahirkan skuad bola sepak Perak akan tampil lebih hebat dengan mengemukakan pasukan lebih berkualiti dalam persaingan musim hadapan.


Katanya, pihaknya yakin Pafa mempunyai perancangan besar bagi memulihkan kembali prestasi skuad The Boss Gaurus termasuk memancing pemain-pemain berkualiti.

Namun, beliau kesal peruntukan besar yang diberikan pada musim ini tidak menampakkan hasil yang diharapkan apabila masih gagal membina pasukan yang kuat untuk bersaing dengan pasukan elit.

Justeru, beliau turut berharap Pafa mengambil serius dalam pengambilan pemain import agar dana yang ada tidak dihabiskan dengan pulangan hambar. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori