UTAH – Bekas pelakon filem lucah, Jessica  Steinhauser atau nama  glamornya, Asia Lemmon dibenarkan memakai penapis di kepalanya dalam gambar untuk lesen memandu.
Asia, memakai penapis spageti itu dengan alasan ia merupakan lambang keahliannya dalam kumpulan gereja Flying Spaghetti Monster.
Dia yang pernah menjadi pelakon filem lucah pada era 2000, dibenarkan memakai peralatan dapur itu di Hurricane.
Asia juga seorang atheis iaitu individu yang tidak mempunyai agama dan tidak percaya kepada Tuhan.
Dalam pada itu, pengasas gereja berkenaan, Bobby Henderson, berkata dia bertuah kerana Asia menjadi anggota kumpulan itu.
“Saya yakin 100 peratus Asia melakukannya untuk tujuan yang baik,’’ katanya.
Flying Spaghetti Monster pertama kali digambarkan dalam sekeping surat berbentuk sindiran yang ditulis oleh Henderson pada 2005 kepada Lembaga Pengarah Pendidikan Kansas bagi membantah tindakan lembaga itu membenarkan pengajaran rekabentuk pintar sebagai alternatif kepada evolusi dalam kelas sains sekolah.
Henderson kemudiannya menubuhkan Flying Spaghetti Monster dan mempunyai ramai pengikut.
Sementara itu pihak berkuasa Utah berkata, selagi muka individu terbabit dapat dilihat dengan jelas, maka terpulang kepada individu tersebut untuk memakai penapis itu atau sebaliknya.