KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 120,354 sehingga 3 Nov, peningkatan sebanyak 1,829 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data terkini menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat berdaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan mendaftarkan 140,000 syarikat dalam struktur percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA