KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 122,719 pada 4 Nov, peningkatan 2,365 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata data terbaharu tersebut menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat yang mendaftar bagi GST, menjelang tarikh akhir 31 Dis.
Kerajaan menyasar 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata bahawa pelaksanaan GST tidak akan ditangguhkan.
Melihat daripada peningkatan setiap hari bilangan syarikat yang mendaftar GST, beliau yakin jumlahnya akan mencapai kira-kira 200,000 pada akhir tahun ini. – BERNAMA