Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPZ Lancar Kempen Khas...

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan 4,500...

Angka Kematian Covid-19 Melonjak...

ROM - Tiga negara di Eropah telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19...

Taman Tema Animasi Pertama...

IPOH - Taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park...

Warisan Dakwa Akan Wujud...

PEMIMPIN Warisan, Mohammadin Ketapi mendakwa akan wujud “1 permainan” oleh pembangkang di Sabah...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 129,822 Sehingga 7 Nov

KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang berdaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 129,822 sehingga 7 Nov, peningkatan sebanyak 2,055 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.

Kerajaan menyasarkan mendaftar 140,000 syarikat di bawah struktur baharu percukaian yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015.

Sementara itu, di Ipoh, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dianggarkan 2,200 syarikat mendaftar untuk GST pada setiap minggu.

Bercakap kepada pemberita selepas ditemubual di Perakfm, beliau berkata GST mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Katanya penerangan mengenai GST akan terus dilaksanakan berhubung mekanismenya dan membetulkan persepsi awam terhadap cukai tersebut.

Ahmad Husni berkata GST telah dilaksanakan di lebih 160 negara termasuk negara kurang maju pada kadar antara lima hingga 27 peratus.

Beliau berkata kerajaan akan mampu memacu pertumbuhan yang lebih tinggi untuk negara melalui pelaksanaan GST yang ditetapkan pada kadar enam peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori