KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 117,376 pada 31 Okt, meningkat sebanyak 2,087 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan tersebut dalam satu kenyataan berkata data terbaharu itu menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat yang mendaftar bagi GST, dengan tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Dis.
Kerajaan menyasar 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA