Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Najib Gagal Dapat Perintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk...

8 Kes Pecah Rumah...

PENDANG - Polis menyelesaikan siasatan lapan kes pecah rumah sekitar daerah ini melibatkan...

Lelaki Hilang Jatuh Laut...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang...

SPRM Johor Tahan Bekas...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan...

Pendayung Solo Tamat Misi Keliling Semenanjung

LANGKAWI – Pendayung solo, Nadzeri Mustafa dari Kedah berjaya menamatkan misinya mengelilingi Semenanjung Malaysia pada jarak 2,000 kilometer hari ini.

Nadzeri, 50, dari Changlun berkata beliau terpaksa mengharungi cabaran laut bergelora dan ribut kencang selama 65 hari yang bermula dari Pengkalan Kubor, Kelantan sejak 20 September lepas.

“Namun, saya berbangga menamatkan cabaran berdayung kenu secara solo lima hari lebih awal dari sasaran selama 70 hari,” katanya pada sidang media selepas menamatkan cabaran itu di Jeti Pelancongan Langkawi di sini hari ini.

Beliau selamat tiba pada kira-kira pukul 10.15 pagi tadi selepas berdayung dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi.

Ketibaannya disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid; anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Dr Yusof Ismail.

Nadzeri berkata, sepanjang ekspedisinya beliau menghadapi cabaran dan kenangan manis termasuk lapan kali dilanda ribut – tiga daripadanya di pantai timur dan lima di pantai Barat di samping dapat melihat beberapa ekor penyu dan ikan lumba-lumba.


“Tanpa penaja dan alat-alat pelayaran saya bertekad untuk meneruskan cabaran itu bagi mencapai cita-cita ini,” katanya.

Katanya, beliau mengunjungi 11 buah negeri semasa misi itu.

Mengenai masa depannya, beliau merancang beberapa program untuk mendayung secara solo mengelilingi Semenanjung di samping Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Beliau juga akan berdayung kenu dari Malaysia Ke Gaza, Palestin sejauh 16,000 kilometer sempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Mohd Rawi berkata, beliau bangga dengan pengorbanan anak kelahiran Kedah itu dan kerajaan negeri sedia membantu Nadzeri untuk memudahkan beliau melaksanakan misinya di masa hadapan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori