Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peruntukan Tambahan RM1 Juta...

TUMPAT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta...

Malaysia-Amerika Bekerjasama Untuk Berkas...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat akan bekerjasama dalam usaha untuk memberkas...

Parlimen Indonesia Setuju Sahkan...

KUALA LUMPUR - Parlimen Indonesia bersetuju untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

‘Arkitek Utama’ Serangan Daesh...

BEIRUT - Salah seorang pemimpin utama Daesh, Abu Mohamed al-Adnani, yang disifatkan Amerika...

Pendidikan Sivik Diterap Dalam 3 Mata Pelajaran

KUALA LUMPUR – Kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah akan dimantapkan mulai tahun 2017 bagi memperkasa pendidikan sivik dan kewarganegaraan (PSK).

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching memberitahu Dewan Rakyat hari ini PSK yang kini merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah tidak akan diajar sebagai mata pelajaran khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang ingin tahu usaha kementerian untuk memperkasa subjek Sivik dan Kewarganegaraan di semua sekolah menengah bagi memupuk semangat patriotisme.

“PSK bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggunjawab mereka dalam masyarakat untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori