Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cuaca Dijangka Panas Sehingga...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan cuaca...

Papar Menara Petronas Kembar...

SHAH ALAM - Sebuah agensi pengiklanan, Wow Media Sdn Bhd tampil memohon maaf...

Raja Muda Kedah Tunku...

ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86,...

Seorang Terbunuh, 2 Parah...

SRI AMAN : Seorang terbunuh manakala dua parah selepas motosikal berkuasa tinggi bertembung...

Penduduk Isi Beg Pasir Untuk Hadapi Banjir Di New York

BUFFALO, New York – Pekerja kecemasan di sini, dalam negeri New York mengisi beribu-ribu beg pasir sejak kelmarin sebagai persediaan menghadapi banjir besar yang diramal berlaku apabila salji setebal dua meter mula cair berikutan suhu yang meningkat.

Beberapa pegawai daerah memberitahu, air di sejumlah anak sungai bagaimanapun dilaporkan mengalir lancar dan tiada kejadian banjir berlaku menjelang senja kelmarin.

Lebih 775 anggota Pengawal Kebangsaan New York yang berada di daerah Erie dan bandar ini bertungkus lumus membantu dalam persiapan menghadapi banjir selepas mereka mengambil masa beberapa hari membersihkan salji yang menimbus jalan raya serta kediaman.

Fenomena salji tebal yang melanda New York telah ­menyebabkan seramai 13 orang terkorban.

Selain kematian, banyak bumbung kediaman turut runtuh dan sejumlah penduduk terperangkap dalam kenderaan mereka selama lebih 24 jam.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan, semua jalan berisiko dilanda banjir kilat akibat salji mula cair.


“Kami berharap keadaan kembali normal pada Isnin ini (semalam) dengan pejabat dan sekolah dibuka semula,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo pada satu sidang akhbar.

Amaran banjir di New York dikeluarkan berikutan suhu meningkat mencecah 10 darjah Celsius sejak kelmarin.

– Reuters

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori