Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Seniman 1960-an S. Rosley...

SINGAPURA - Seniman terkenal filem Melayu tempatan pada dekad 1960-an lalu, S. Rosley...

Yingluck ‘Tinggalkan Negara’ Sebelum...

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah 'melarikan diri' dari negaranya...

Budak 11 Tahun Godam...

WASHINGTON - Seorang budak lelaki 11 tahun berjaya menggodam replika laman web keputusan...

Cari Dalang Pesawat MH17,...

KUALA LUMPUR – Kerajaan bukan sahaja perlu memastikan siasatan telus bagi mengenal pasti...

Penduduk Kecoh Lihat Badak Bersiar-Siar Di Bandar

Jerman – Penduduk di sebuah bandar di Luckenwalde gempar apabila menyaksikan seekor badak seberat 2.5 tan berjalan-jalan secara bebas di bandar berkenaan tanpa sekatan.

Beberapa penduduk yang panik kemudiannya menghubungi polis.

Selepas polis tiba, barulah mereka mengetahui bahawa badak itu yang digelar Hulk adalah milik Circus Voyage.

Malah badak itu dibawa bersiar-siar di sekitar bandar oleh pemiliknya.

“Pemilik sarkas itu diberi amaran tegas oleh polis bahawa mereka tidak dibenarkan membawa badak berkenaan berjalan-jalan di sekitar bandar.


“Namun pemilik Circus Voyage itu memberitahu dia tidak memahami kenapa penduduk kecoh dengan badak tersebut yang hanya mahu mendapatkan udara bersih,” kata jurucakap polis.

Pemilik sarkas juga menolak untuk merantai badak berusia 34 tahun itu.

Badak yang sama pernah menggemparkan penduduk di Goslar, tiga tahun lalu selepas ia terlepas dari sarkas berkenaan ketika mengadakan persembahan di bandar berkenaan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori