Ikatan perkahwinan hanya wujud atas kerelaan hati pasangan baik bakal suami mahu pun isteri untuk membina mahligai bersama-sama.
Sayangnya, sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai kisah pelik berkenaan bakal pengantin yang secara tiba-tiba tidak menghadiri majlis sendiri.
Pastinya, yang menanggung malu adalah keluarga pasangan terlibat kerana jemputan sudah diedar dan segala persiapan telah tersedia rapi.
Susulan itu, diwujudkan terdapat akta membolehkan bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan yang tidak hadir selepas persiapan perkahwinan diadakan oleh pasangannya, didakwa di mahkamah.
Di bawah Akta Kontrak 1950, menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, dakwaan boleh dilakukan atas kesalahan memungkiri janji selepas membuat penawaran untuk mengahwini pasangannya.
Akta ini sekaligus membantu permasalahan tuan rumah atau keluarga pengantin yang bukan saja menanggung malu, tapi terpaksa menanggung kerugian atas tempahan makanan dan segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menganjurkan majlis perkahwinan.
Kes berkaitan ini bakal membantu dalam menuntut pampasan perbelanjaan yang boleh diukur dari segi pembayaran ganti rugi yang telah ditanggung oleh tuan rumah. – MYNEWSHUB.CC