Uganda – Perbuatan seorang pengasuh yang bertindak kejam dengan mendera budak yang dijaga dengan kejam akhirnya terbongkar selepas bapa budak tersebut melihat pita rakaman kamera CCTV yang dipasang secara sembunyi di rumahnya.
Pengasuh tersebut, Jolly Tumuhiirwe, 22, didapati bukan sahaja menendang budak berkenaan, Aneela Kamanzi yang berusia dua tahun, malah dia turut mengheret budak itu ke lantai.
Tumuhiirwe kemudiannya memijak dan menendang tulang rusuk budak tersebut.
Semuanya hanya disebabkan Aneela sakit ketika sedang makan malam.
Bapanya, Erick Kamanzi yang terkejut selepas melihat pita rakaman berkenaan telah hilang sabar dan terus membelasah Tumuhiirwe.
Pengasuh itu kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia dipukul oleh Erick menyebabkan Erick ditangkap.
Namun selepas pihak berkuasa melihat kekejaman Tumuhiirwe dalam pita rakaman berkenaan, mereka kemudiannya membebaskan Erick.
Sebaliknya Tumuhiirwe pula yang ditahan dan dia didakwa di bawah Akta Anti Penderaan.
Tumuhiirwe, yang baru tiga bulan bekerja untuk Erick, kini dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda dan diberi makan menerusi tiup. Polis kini mempertimbangkan untuk menambah dakwaan ke atas Tumuhiirwe iaitu cubaan membunuh.