Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pesakit Tibi Perlu Jalani...

JEMPOL - Pesakit yang didiagnos menghidapi penyakit tibi wajib menghabiskan jadual rawatan mengikut...

Salur Aduan Kepada Pihak...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai agar mengenal pasti...

Anwar Tak Setuju Bekas...

SERDANG - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat tidak bersetuju jika...

MRT Corp Nafi Terlibat...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) menafikan semua...

Pengawal Keselamatan Cedera Terkena Tembakan Rakan

BATU GAJAH – Seorang pengawal keselamatan cedera selepas terkena tembakan rakannya secara tidak sengaja di hadapan sebuah bank di pekan Batu Gajah, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di Taman Bemban, di sini cedera di belakang badan.

“Siasatan awal mempercayai mangsa cedera selepas rakannya yang juga pengawal keselamatan berusia 24 tahun, terlepas tembakan senjata jenis pump gun itu ke arah jalan raya dan tembakan itu menyebabkan serpihan batu jalan terpelanting lalu terkena bahagian belakang mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah dan mendapat rawatan pesakit luar kerana tiada kecederaan serius, hanya calar pada kulit kira-kira dua sentimeter akibat terkena batu,” katanya di sini, hari ini.


Katanya, susulan daripada kejadian itu, rakan mangsa ditahan dan polis merampas selaras pump gun jenis Hawk 12 Bore dan enam peluru bagi membantu siasatan.

Shaharon Anuar berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori