Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

China Janji Bantuan, Pinjaman...

CHINA tidak melabur dalam projek untuk menunjuk-nunjuk di Afrika tetapi membantu benua itu...

Lelaki Hidup Enam Hari...

IPOH: Seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter melanda...

Proton Dijangka Jika Tidak...

SEREMBAN - Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion...

Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul Anak Jiran

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, September lepas.

Mohamad Borhanudin Mohd Shafiei, 48, didakwa mencabul kehormatan mangsa yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Cheras pada pukul 6 pagi, 6 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori