Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pakai Coli Jadi...

PELIK tapi benar. Lelaki Jepun kini mula memakai coli lelaki sebagai cara untuk...

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan...

Kebakaran Loji Pertamina: Tiada...

JAKARTA - Tiada pekerja Pertamina dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran dan letupan dahsyat...

Ibu Bapa Eksploitasi Anak...

ALOR SETAR - Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan...

Pengerusi Hak Asasi Majlis Peguam Terima Ancaman Bunuh!

KUALA LUMPUR – Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengutuk ancaman bunuh ke atas Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo melalui satu laman blog.

Comango mendakwa, Andrew menerima ugutan bunuh itu gara-gara ucapan beliau di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia sebelum ini.

“Andrew teguh membela hak orang-orang yang paling terpinggir di negara ini. Susulan ucapan itu, Andrew telah menerima ugutan bunuh dalam komen di satu blogpost. Perbuatan ini tidak boleh diterima.

“Tiada sesiapa harus menerima ancaman bunuh atau apa-apa ancaman keganasan yang lain terutama ketika membela hak asasi manusia. Kami membidas perbuatan pengecut ini dan menegaskan bahawa tiada tempat bagi perbuatan seperti ini dalam masyarakat Malaysia,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Comango sebelum ini diselar banyak gerakan Islam negara ini kerana membuat tuntutan hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.


Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.

Comango seterusnya menafikan dakwaan ucapan Andrew tersebut bertujuan menjatuhkan nama baik negara kerana UPR merupakan satu mekanisme  untuk semua negara PBB telah saling mengkaji rekod hak asasi manusia masing-masing.

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori